Monday 25 April 2011

nasi lemak punca gemuk?


           pelik juga rasanya jika sekolah dilarang menjual nasi lemak.... nasi lemak antara makanan atau menu yang paling digemari ramai selain roti canai dan teh tarik. Semua orang tahu apa itu nasi lemak kan? Sape yang tak kenal nasi lemak memang bukan orang malaysia la tu. Saya antara penggemar nasi lemak sejak sekian lama. Tak pula saya gemuk...... yang penting pengawalan pengambilan makanan. Kanak-kanak terutamanya hanya mengiginkan makanan yang sedap-sedap sahaja. Oleh kerana lidah manusia hanya boleh merasa tanpa megetahui khasiat yang terkandung dalam makanan itu sendiri, maka kita akan lebih cenderung mencari makanan yang sedap.
Didikan awal dari rumah adalah penentu. Anak-anak yang telah biasa memakan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera pastinya akan mengiginkan makanan yang seperti itu. Namun saya tidak menafikan yang nasi lemak ini boleh mengakibatkan rasa mengantuk jika dimakan banyak. Jika pengambilannya terkawal ia pastinya tidak akan menjadi masalah.
Apa pun, jika ada pihak yang memantau menu yang dihidangkan disekolah, masalah ini mungkin tidak akan berlaku. Mungkin ada sebilangan anda yang pernah menetap diasrama masa sekolah dulu kan? Anda pasti tidak akan dapat lupa tentang menu yang selalu ada di kantin dan dewan makan asrama. Diasrama segalanya akan dipantau. Pelajar tidak akan dapat makan dengan sewenangnya. Makanan ringan dan meggi terutamanya adalah dilarang untuk dibawa masuk keasrama. Kenapa agaknya? Saya rasa anda tahu apa sebabnya kan?
           Bagi saya yang penting adalah menu yang hendak disediakan mestilah berkhasiat dan menepati selera para pelajar. Mungkin menu makanan segera dan makanan ringan patut dihindarkan. Ataupun sebagai kesinambungan dengan larangan ini, para pelajar patut diajar dengan khasiat pemakanan atau diadakan satu matapelajaran khas tentang pemakanan ni. Mungkin ada yang akan menjadi pakar pemakanan nanti dan bukan pakar membesarkan badan.

No comments:

Post a Comment